Monday, February 11, 2013
Muslim is not terrorist
I am a muslim and I am proud to be muslim.
As a fact a muslim cannot be a terrorist.
Between all religions just Islam respects all other religions. Islam says:
:)
Thursday, September 13, 2012
Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita dengan orang barat berbeza dalam bersahabat? Orang barat bersahabat untuk keperluan dunia sahaja tapi orang islam bersahabat mengharapkan pertemuan hingga ke syurga. Atas dasar kerana Allah s.w.t , ikatan yang paling kuat antara hati dan akal. Ukhwah tidak akan putus walaupun besar mana dugaan yang kita hadapi. Berusaha untuk menyayangi sahabat kita dan korbankanlah sedikit perkara dalam hidup kita, semuanya ada hikmah disebaliknya. Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh untuk membina ukhwah yang kuat. Rasulullah s.a.w sendiri dapat membina generasi sahabat yang kuat.
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”
(al-anfal:63)
Kita dapat merasai kekuatan ukhwah itu kerana ikatan akidah Islam itu adalah sekuat-kuat ikatan. Dari sinilah terbitnya ukhwah fillah (persaudaraan kerana Allah) . Keindahan dalam kita berukhwah akan terserlah apabila iman yang kuat tersemat didlm hati.
Menyingkap kembali ukhwah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w di dalam jiwa para sahabat, maka di sana terpancarlah betapa mulianya hati-hati yang mampu menghayati erti ukhwah kerana Allah. Bukan harta sahaja yang mereka serahkan bahkan nyawa pun sanggup dijadikan cagaran. Tapi hakikatnya kita pada hari ini adalah jauh berbeza daripada persaudaraan yang diamalkan oleh generasi terdahulu. Jangankan berkorban untuk sahabat, bahkan peringkat persaudaraan yang paling rendah sekalipun kita tidak mampu laksanaknanya. Persaudaraan yang sejati adalah bermula daripada keikhlasan dan kasih sayang yang benar dan semata-mata kerana Allah. Kesilapan yang lalu jadikan sebagai ikhtibar dan mohonlah padaNya, moga persaudaraan yang kita jalinkan ini akan diredhaiNya.
Berbuat baiklah terhadap orang lain sebagaimana kamu suka diperlakukan. Sekiranya kamu menghormati orang lain,orang lain juga akan menghormati kamu. Sedarilah sahabat-sahabat bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai kecacatan dalam tiap pelakuannya dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang terbaik.
Berkata ulama: “Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu”
Allah juga telah berfirman: “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara,maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah itu.Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu”.
*Bersahabat kerana Allah <3 UHIBBUKI FILLAH YA SOHABATIE :)
Sunday, September 9, 2012
"Tingginya darjat wanita disisi Islam "

Saturday, September 8, 2012
Activate
for this entry, tiada apa rasannya nak ditulis, cuma nak beritahu yang asha dah kembali active di blog :)
syukran pada sahabat yg masih setia membaca blog asha :)
since i've blocked my old blocked, so this is the new one <3
take care semua, nnti asha update story lagi k ;)
Assalamualaikum !
Wednesday, March 21, 2012
WE ALL NEED CHANGE
Ramai manusia yang mahukan perubahan. Berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Anda pilih. Namun saya percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya.
Tetapi, tidak semua orang tahu bagaimana hendak memulakan perubahan itu. Bagaimana dan dari mana hendak melakukannya. Tidak semua orang dapat mengumpul kekuatan sendiri tanpa didorong oleh orang lain. Dan tidak semua yang mampu melakukannya tanpa bantuan huluran tangan dari orang lain.
Perubahan itu menjanjikan kesakitan dan kepedihan namun akhirnya kebahagiaan.
Dengar Kata Hati Melakukan Perubahan
Bukan mudah seseorang meninggalkan tabiat lamanya demi melakukan perubahan. Pelbagai kesakitan yang akan dirasai lebih-lebih lagi kesakitan mental, jiwa dan perasaan. Bukan mudah hendak menjadi seorang yang baru dari segi amalan dalam kehidupan.
Bukan mudah mengikis karat jahiliyyah dalam diri. Sakit? Sangat sakit.
Satu hari, seorang sahabat menghantar SMS kepada saya..
Dalam SMS itu, beliau mengatakan bahawa sangat susah untuk berubah. Beliau lebih banyak melakukan keburukan daripada kebaikan. 1 kebaikan, 10 kejahatan. Dan beliau sangat kesal dengan diri beliau yang begitu.
Maklum, sahabat saya itu sedang melakukan proses perubahan. Saya sayang dan hormati beliau. Berani meminta bantuan untuk berubah. Dan InshAllah, she will make it!
Dalam melangkah melimpasi pintu perubahan, tidak semua berjaya melakukannya. Ada yang berjaya, dan ada pula yang kecundang ditengah jalan lalu berpatah kembali melimpasi pintu perubahan untuk kembali ke jalan lama.
Maka, saya kira, orang yang berjaya itu istimewa dan terpilih!
Kadang-kadang, jauh disudut hati nurani kita, sangat menginginkan kebaikan untuk diri kita. Sangat ingin supaya kita menjadi seorang hamba yang taat mengerjakan perintah Tuhannya. Dan, sangat bertuah orang yang mendengar rayuan nurani.
Sampai suatu saat, kita tersungkur dihamparan sejadah mengadu kepada ALLAh.
Langkah Awal Melakukan Perubahan
Orang Muslim selalu diperingatkan tentang niat sebelum melakukan sesuatu. Innamal a’malu binniyat! Maka, apabila terdetik dihati untuk melakukan sesuatu kebaikan, pastikan kita tanya diri kita sendiri. Kerana apa sebenarnya kita ingin melakukan kebaikan tersebut?
Adakah kerana ingin dikasihi Tuhan? Atau ingin dipuji semata-mata oleh manusia?
Pergaulan seharian juga memberi impak yang besar dalam kehidupan. Dan mencari sahabat yang baik, soleh lagi beriman itu memang suatu kemestian. Carilah sahabat mahupun kawan-kawan yang sekurang-kurangnya dapat memperingati anda dengan pertanyaan sebegini,
“Kamu dah solat?”
Jika ada kawan yang sebegini, maka hargailah ia. Jagalah hubungan dengan ia. Bergaul dengan orang jahat, maka jadi jahatlah kita. Bergaul dengan orang baik, maka jadi baiklah kita.
Anda ingin menjadi seorang yang baik dipandangan ALLAh? Saya mahu. Senyum.
Kita kena yakin, ALLAh dan para Malaikat-Nya sentiasa bersama dengan orang-orang yang bertekad mahu membuat anjakan paradigma dalam kehidupannya. Berubah ke arah kebaikan bererti menuju ALLAh. Menuju ALLAh bererti akan dikasihi oleh-Nya. Dikasihi oleh-Nya bererti beroleh kebahagiaan hidup.]
MashaALLAh! Subhanallah!
Pecahkan Tembok Keegoan Dalam Diri
Melakukan perubahan bererti kita akan belajar benda yang baru. Melalui pengalaman baru yang akan membuatkan kita sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar meskipun kadang kala kehidupan ini sukar diungkapkan bagaimana pengakhirannya.
Kadang kala, kita malu untuk bertanya atau memulakan sesuatu tindakan kerana takut dipandang serong oleh orang lain. Takut kehilangan kasih sayang keluarga dan kawan-kawan. Dan kadang kala juga, kita teragak-agak untuk memulakan perubahan kerana memegang keegoan dek kerana malu berdepan dengan orang ramai.
Sahabat, untuk berubah, ada kalanya kita kena tolak jauh-jauh perasaan malu dan ego itu sendiri. Memeliharanya pada tempat yang salah akan memakan diri kita sendiri. Sedangkan, sebenarnya ramai orang yang memberi sokongan dan kita mendapat doa dari orang-orang yang beriman..
“Ya ALLAh, engkau ampunkanlah dan peliharalah seluruh kaum muslimin dan muslimat…”
Kita mesti mengatakan TIDAK kepada keduanya. Dan selalulah meminta perlindungan daripada ALLAh SWT dari syaitan dan nafsu yang membawa kita ke lembah kegelapan.
EGO? Pecahkan ia!
Rahmat ALLAh? Kejarlah! Kerana, ALLAh selalu ada untukmu. Senyum.
Mari berubah ke arah yang lebih baik dan lebih baik serta lebih baik.
Semoga ALLAh merahmati.


