BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Saturday, January 28, 2012

Doaku disetiap waktu .

Ya Allah… Ya An-Nur.. Ya Qawi.. Ya ‘Afuw..

cahaya dalam cahaya yang memberi aku NUR KEMAAFAN hingga aku masih bebas ‘hidup’ melata di duniaMu.. aku mohon KEKUATAN UNTUK MEMINTA KEMAAFAN & KEAMPUNAN, KEKUATAN untuk melihat SALAH & SILAP, KEKUATAN untuk MENGENAL BETUL & SALAH, KEKUATAN untuk TAHU & SEDAR, KEKUATAN untuk INSAF & BERTAUBAT. Ya Allah.. beri aku KEKUATAN itu untuk aku jadi abdiMU.

Ya Allah.. aku ingin KEMBALI KE FITRAH ku.. aku ingin MERDEKA dari KEGELAPAN akibat sikap FAKIRku dalam mengenalMu, merasaiMu dan menyintaiMu.. aku mahu KEMBALI SUCI sesuci aku ketika kau izinkan kelahiranku ke dunia ini. Bersihkanlah MINDA DAN JIWA ku ya Rabb. Aku terlalu kotor dan hina..

Ya Allah… ampunkan aku ya Allah. Aku Lalai, aku alpa, aku bodoh ya Allah. Aku terlalu fakir untuk MEMAHAMI ANUGERAHMU. Hari-hariku berlalu dengan kealpaan untuk MELIHAT dan MERASAI anugerah-anugerah yang Kau izinkan buatku, sedangkan aku tahu KAU maha KAYA, MAHA BIJAKSANA lagi MAHA MENGATUR. Ya Rabb.. MOHON PERTUNJUKKAN AKU JALAN YANG BENAR.. JALAN YANG LURUS.. JALAN YANG MUDAH. Kurniakan FAHAMAN kepadaku untuk aku MEMAHAMI “HADIAH-HADIAH” Mu. Ya Allah… ampunkan aku..

Ya Allah sebagaimana telah kau perindah kejadianku, maka indahkanlah pula akhlakku. Yaa Allah, berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari siksa api neraka. Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami memeluk agama islam. Maha suci Tuhan yang memudahkan segalanya bagi kami, sedangkan kami alpa kepada-Nya, maka Ya Allah.. kepadamu kami mahu kembali.

Yaa Allah, jadikanlah cahaya dihatiku, dalam lisanku cahaya, jadikanlah dalam pendengaranku cahaya,dan dalam penglihatanku cahaya. Jadikanlah pula dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya. Jadikanlah dari atasku cahaya dan dari bawahku cahaya. Yaa Allah berikanlah kepadaku cahaya”

Ya Allah.. andai ada yang tak terucap dalam doaku ini sedangkan KAU tahu apa isi hatiku.. mohon KAU tetap dengarinya.. Ampunkan aku kerana terlalu meminta-minta.. kerana sesungguhnya PERGANTUNGANKU HANYA KEPADAMU. Terima kami Ya Allah.. Terima kami Ya Allah..

ammiin.. Ya Rabbala’lamiinn..

No comments:

Post a Comment