" salahkah aku berubah ke arah yang lebih baik? " diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Orang akan hairan kenapa kita pakai tudung, tapi org tak pernah hairan kenapa kita tak pakai tudung . Pelik kan ? Alasan dan ejekkan mereka sgt tersasar. Kenape ye suka sangat demotivate org nak buat baik ? Fahami konsep ta'abbud. Patuh/taat kpd surhan Allah tanpa mempersolkan kenapa dan mengapa .
Aku bukan lah ingin menunujuk pandai pada sesiapa pun, tetapi since aku banyak membaca buku berkaitan agama, dari situ aku belajar erti ISLAM sebenar. sorry to say, if ada orang yang menyatakan aku " show off " . WALLAHI, aku bukan lah begitu. mungkin aku banyak tersasar pada ketika masa dahulu, tapi janganlah menghukum aku dengan kisah lalu. berilah nasihat kepada aku, bukan mencemuh dan mengata dibelakangku. Aku tidak menganggu urusan sesiapa . jadi janganlah menganggu ku. kerana FITNAH dan KATAKATA itu boleh membuatkan aku bersedih dan tidak bersemangat.
jadi aku MOHON, berilah aku dorongan serta tunjuk ajar. jika aku salah, tegurlah dengan elok. " " Hablumminallah wa hablumminannas " (salah tolong tegur ) " janganlah disebabkan perubahan ku, kawankawan semua menghindarkan diri dari aku.
aku tetap mcm dulu, cuma cara pemakaian serta akhlak jati diri aku bertukar sedikit, sesuai dengan perubahan aku .
Dengan Lafaz syukur aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM dalam kehidupan aku dan hakikatnya aku masih cuba dan mencuba untuk merasainya. Syukur juga ALLAH SWT mengurniakan insan-insan yang pelbagai ragam dan semestinya mereka semua mempunyai keistimewaan masing-masing. Manusia bukan malaikat, memang dah namanya manusia, tetap tak boleh lari dari kesilapan.
ada hadis menyatakan :
“Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri, Sungguh Allah maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam” [Al-Ankabut : 6]
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah” – Al Bukhari & Muslim
akhir kata, maaf jika ada yang berkecil hati dengan penulisan aku kali ni.
ikhlas dari hamba allah yang serba kekurangan ini <3
No comments:
Post a Comment