BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Thursday, February 23, 2012

Riya' dalam ibadah .


Di antara syarat diterimanya amal shalih adalah bersih dari riya’ dan sesuai dengan sunnah. Orang yang melakukan ibadah dengan maksud agar dilihat orang lain maka ia telah terjerumus pada perbuatan syirik kecil, dan amalnya menjadi sia-sia belaka. Misalnya shalat agar dilihat orang lain. Allah Tabaroka wata’ala berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apa bila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ (dengan shalat) di hadapan Allah. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”. (An Nisaa : 142)

Demikian juga jika ia melakukan suatu amalan dengan tujuan agar diberitakan dan didengar oleh orang lain, ia termasuk syirik kecil. Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam memberi peringatan kepada mereka dalam hadits yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas Radhiallahu’anhu :

“Barangsiapa melakukan perbuatan sum’ah, niscaya Allah akan menyebarkan aibnya dan barang siapa melakukan perbuatan riya’ niscaya Allah akan menyebarkan aibnya”. (HR. Muslim :4/2289)

Barangsiapa melakukan suatu ibadah tetapi ia melakukannya karena mengharap pujian manusia di samping ridha Allah maka amalannya menjadi sia-sia belaka, seperti disebutkan dalam hadits qudsi :

“ku adalah sekutu yang Maha Cukup, sangat menolak perbuatan syirik, barangsiapa melakukan suatu amal dengan dicampuri perbuatan syirik kepadaKu, niscaya Aku tinggalkan dia dan (tidak aku terima) amal syiriknya”. (HR. Muslim. Hadits no : 2985)

Barangsiapa melakukan suatu amal shalih, tiba-tiba terdetik dalam hatinya perasaan riya’, tetapi ia membenci perasaan tersebut berusaha melawan dan menyingkirkannya maka amalannya tetap sah. Berbeda halnya jika ia hanya diam dengan timbulnya perasaan riya’ tersebut, tidak berusaha menyingkirkan bahkan malah menikmatinya maka menurut sebagian besar ulama, amal yang dilakukannya menjadi batal dan sia-sia.


Thursday, February 16, 2012

Muslimah .

Krn aku seorang muslimah..
aku bersyukur apa adanya aku..
aku belajar menerima takdirNya buatku..
aku disini krn cintaNya buatku..
walau dicaci dihina,aku takkan terus tunduk..

Aku bkn muslimah yg mudah menyerah kalah!
Allahuakbar!
Aku tidak kenal erti jatuh yg tidak bangun...
Aku bukan muslimah yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan muslimah lembik yg lemah...
Mengada-ngada...
Tidak mampu untuk hidup berdikari....
& yg hanya bergantung kepada orang lain...
Aku bukan muslimah yg penakut & pengecut!
Aku bukan muslimah yg mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi muslimah yg lembut...
Yg mempunyai hati yg kuat...
Yg tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani...
Dgn bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi..
aku tidak akan takut menegakkan kebenaran...
Mempunyai hati yg mampu dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan...
Aku muslimah yg mampu berpijak atas kaki sendiri...

Akan ku kesat air mata ini dgn semangat baru....
Semangat yg lahir dari kekuatan yg dihembus-Nya...
Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu...
Aku muslimah yang ditarbiyah..!
Mampu mempertahankan maruah sendiri drpd tergadai oleh godaan duniawi...
Aku ada Dia...
Cukup Allah yang Maha Esa..(^_^)

Wednesday, February 15, 2012

SALAHKAH AKU ?




Salahkah aku jika ku benar-benar ingin berubah???
Salahkah aku jika ku ingin menjadi lebih baik???
Salahkah aku jika ku ingin mendekatkan diri kepadaNya???
Salahkah aku jika ku terjaga dari lena???
Salahkan aku jika ku mendambakan kasih sayang dari yang Esa???


Mengapa perlu ada yang mencaci?
Mengapa perlu ada yang mengeji?
Mengapa perlu ada yang tidak berpuas hati?
Mengapa perlu ada yang iri hati?
Mengapa perlu ada yang membenci?
dan...
Mengapa perlu ada yang menghina diri ini?
Tatkala aku ingin mencari cinta yang hakiki...


Ya ALLAH... dugaan apakah ini?


Kata-kata itu amat bisa sekali,
Ungkapan itu amat menghiris jiwaku ini,
Bicaranya itu menikam diriku lagi,
Lontaran suara itu amat menusuk kalbuku yang sepi,


Ya ALLAH...berilah aku petunjuk


Bimbinglah aku ke jalanMu,
Berkatilah segala perjuanganku,
Berikanlah aku kekuatan yang jitu,
Untuk menempuh liku-liku itu...


Ya ALLAH... berikanlah aku ketenangan jiwa yang abadi...






* Jiwaku tertusuk sembilu duka sehingga kini~

insan serba kekurangan <3

Hidayah ALLAH perlu dicari .

“Bukan aku untuk menjadi terlalu baik”

“Belum masa aku berubah untuk menjadi yang baik”

“Itu bukan aku, aku selesa dengan diri sendiri”

“Aku bukan ustazah untuk jadi alim”

Pernah dengar ayat ini? Jawapan kepada persoalan untuk menjadi lebih baik. Alim? Ustazah? Bertudung labuh itu alim? Bertudung labuh itu digelar ustazah? Mengajak ke arah kebaikan digelar alim?

Tanpa kita sedari, bertudung labuh, mengajak ke arah kebaikan semua itu kan suruhanNya. Kenapa kita perlu menipu diri kita sendiri untuk berubah ke arah kebaikan? Kenapa perlu menunggu hidayah untuk berubah sedangkan hidayah itu perlu dicari?

“Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya kepada nur hidayahNya itu” [surah An-Nur :35 ]

Ada juga segelintir orang mempersoalkan jika aku sudah solat 5 waktu, aku sudah bertudung, jadi apa lagi salahnya? Pernahkah kita terfikir tentang kualiti solat kita? Sudah kusyukkah solat kita? Sudah cukupkah solat kita? Pernahkah juga kita terfikir tentang gaya tudung kita? Masih menutup dadakah tudung kita itu? Sudah tebal dan tidak jarangkah tudung kita itu?

Hidup ini kadang-kadang boleh juga diumpamakan dengan sistem merit dan demerit di sekolah kita. Kita kumpulkan markah merit kita dengan melakukan perkara-perkara sunat seperti membaca al-quran, berwirid, bersedekah dan sebagainya untuk menutup markah demerit kita. Andai kita ada melakukan kesilapan, ingatlah yang Allah itu maha mengampun, masih belum terlambat untuk kita berdoa memohon ampun dariNya.

Aku percaya ramai yang berazam untuk berubah menjadi lebih baik. Ramai juga yang mempunyai keinginan untuk berubah kea rah kebaikan. Cuma menunggu masa dan semangat sahaja barangkali. Ya, semangat untuk berubah itu sangat perlu dan kuatkan hati kita untuk berubah kea rah jalanNya.

“Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri, Sungguh Allah maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam” [Al-Ankabut : 6]

Ada juga dari kita yang runsing penerimaan orang sekeliling kita akan perubahan kita kelak. Contohnya, mungkin sebelum ini kita bertudung hanya sekadar selempang tetapi akan berubah dengan menggayakan tudung labuh. Penerimaan orang sekeliling itu memang agak mempengaruhi kita, jika penerimaan yang negative dan ia membuatkan kita hilang kawan, anggaplah ia hanya masalah picisan sahaja. Sesungguhnya, biar kita hilang ‘seseorang’ atau ‘sesuatu’ demi Allah. Daripada demi ‘seseorang’ & ‘sesuatu’ kita kehilangan Allah. Nauzubillah.

“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan seindah hiasan dunia adalah wanita yang solehah” – Al Bukhari & Muslim

Semoga kita wanita-wanita sekalian akan menjadi wanita yang solehah, InsyaAllah.



Saturday, February 11, 2012

HATI .


As'salam , beberapa harini aku tidak berkesempatan utk mengupdate blog ku, maaf pada pembaca setia ku semua :')
Entry ku kali inimungkin tidak menarik minat kamu semua utk membaca, tapi tidak mengapa, blogku, jadi aku boleh mencoret apa sahaja yg berada di benak fikiranku :')

Hati bertanya "apa maksud ujian? "
akal menjawab " bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu? "
hati masih meronta2..
Apa mungkin ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?
Hati kembali berkata " aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi"
akal menjawab "Kau kecewa hati?kau kecewa dengan siapa?

Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaanMu tidak dipenuhi seperti mahumu?
sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan.
Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu.
Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat.
Diuji agar kau sedar akan kekurangan.
Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan…
Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu.
Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaanNya,
pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Hati termenung..
Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran,
Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan.

“Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku… Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu… kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah… aku kecewa dengan diri ini… aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri… aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu… maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah…”

sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaanNya

insan serba kekurangan<3

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL .

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Alhamdulillah, segala puji dan pujian kita berikan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun spirit dan ruh perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

SALAM MAULIDUR RASUL SEMUA NYA <3

Thursday, February 2, 2012

BERKECIL HATI

kali ini entry aku sedikit cenderung kepada perasaan berkecil hati .
aku tidak akan bercerita apaapa di sini, cuma aku ingin meluahkan betapa kecil nya hati ini saat ada yang mengendahkan diri ini, dianggap tidak wujud dan tidak diperlukan dikalangan mereka.

aku pasrah, aku tetap senyum, tapi dalam senyum ku terpahat kesakitan didalamnya. aku cuba utk tidak mempedulikan perasaan ini, tetapi ternyata ianya membelenggu pemikiran ku .
saat aku bersedih, Al-quran menjadi peneman setia, saat aku kekeliruan, Solat itu jadi peneman dan petunjuk pda setiap yg aku hajatkan, saat aku berkeseorangan zikir selawat menjadi muzik penyeri diri ini. aku syukur, walaupun aku bersendirian, ALLAH tetap menghiburkan aku :')

keseluruhannya, semua perkara yg aku lakukan aku bergantung padaNYA. Sungguh ALLAH itu segala-galanya bagiku selepas kedua ibu bapaku.
aku bersyukur masih ramai yg bersama aku, memberi kata-kata semangat padaku, aku bersyukur dan terharu :') Terima kasih ya ALLAH kerana mengurniakan kawan-kawan yang baik disekeliling ku.
Kadang-kadang ALLAH sengaja ambil yang kita sayang sebab ALLAH nak bg kita yg lebih baik <3


insan serba kekurangan <3


Wednesday, February 1, 2012

Why wear the niqab ?

i always want to wear a niqab, alhamdulillah for the guidance ALLAH has given me, just recently i felt my heart bursting to wear a niqab. so, i gathered all my courage to wear the niqab for the first time , first time i wear it at the MALL.

if people ask why do you wear the niqab ?

i'll answer there are many different opinions about the female aurah. Some scholars say that the female aurah is the whole body excluding the face and hands. but, there are some scholars say that the female aurah includes the face and the hands ( to avoid fitnah ) there are lots mazhabs but i believe in the shafie mazhab which believe the face and the hands are an exception meanings they ( the hand and the face aren't a part of the female aurah and they aren't necessary to be covered.

Niqab wearingwas a commandment from ALLAH to RASULULLAH wives whom were more prone to a more greater fitnah than other woman. Niqab wearing is sunnah to other muslim women who want to please ALLAH. Niqab also is a sign of modesty.

What i want to clarify here is that i wear it to gain ALLAH'S love.

is it wrong to gain more love from ALLAH by pleasing Him ? Everyone is entitled to their own opinion. i hopes that people out there will understand why i want to wear the niqab :')

insan serba kekurangan <3