BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Saturday, February 11, 2012

HATI .


As'salam , beberapa harini aku tidak berkesempatan utk mengupdate blog ku, maaf pada pembaca setia ku semua :')
Entry ku kali inimungkin tidak menarik minat kamu semua utk membaca, tapi tidak mengapa, blogku, jadi aku boleh mencoret apa sahaja yg berada di benak fikiranku :')

Hati bertanya "apa maksud ujian? "
akal menjawab " bukankah ujian itu membuktikan sayang Allah padamu? "
hati masih meronta2..
Apa mungkin ianya kecewa? kecewa kerana tidak memiliki apa yang diimpi dan diharapkan?
Hati kembali berkata " aku hanya ingin dipermudahkan segala urusan, aku hanya ingin segalanya yang terbaik agar aku tidak lagi mengecewakan insan yang aku sayangi"
akal menjawab "Kau kecewa hati?kau kecewa dengan siapa?

Layakkah dirimu untuk berasa kecewa setelah hanya sedikit sahaja permintaanMu tidak dipenuhi seperti mahumu?
sedarlah hati, Allah tidak mungkin menguji andai Dia tahu kemampuan kita tidak mencukupi. Allah hanya akan memberi yang terbaik untuk kita, walaupun adakala ianya menyakitkan dan tidak seperti yang diharapkan.
Namun ketahuilah wahai hati, ujian itu bukti Allah masih peduli akan dirimu.
Diuji agar dirimu tidak terleka dengan nikmat.
Diuji agar kau sedar akan kekurangan.
Diuji agar kau insaf segala ketidaksempurnaan…
Ketahuilah hati, Allah mengetahui yang terbaik buatmu.
Teguhkan keyakinanmu terhadap kekuasaanNya,
pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Hati termenung..
Cuba meletakkan iman dihadapan pemikiran,
Lalu hati berdoa penuh keinsafan dan pengharapan.

“Ya Allah diri ini sering tertewas dengan dugaan dan ujian-Mu. Aku tidak gagah untuk menghadapi apa yang telah Engkau bentangkan buatku saat ini. Justeru aku mohon bantuan-Mu, sesungguhnya segala dugaan dan ujian ini datangnya dari-Mu, Engkau permudahkanlah ia bagiku… Aku teramat mengharapkan bantuan-Mu… kerana hanya dengan kekuasaan-Mu aku mampu mengharungimya. Aku sedih ya Allah… aku kecewa dengan diri ini… aku tidak mampu menyembunyikan air mataku sendiri… aku hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan-Mu… maafkan dan ampunkanlah diri ini ya Allah, kerana aku hanya hamba-Mu yang lemah…”

sesungguhnya kasih sayang Allah sering mendahului kemurkaanNya

insan serba kekurangan<3

No comments:

Post a Comment