BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Adakah aku menunjuk ?

DEMI ALLAH , aku bukan lah seperti itu , mmg akan ada org kata " eleh, mana ada orang nak mengaku yg dia sedang menunjuknunjuk " . Insyallah, tiap sesuatu yang aku lakukan, bukan lah bersifat menunjuk meskipun angkuh, aku melakukan kerana ALLAH. bukan kerana sesiapa.
sudah aku terangkan berkalikali, kenapa still ada yang berkata kata dibelakangku ?

Pernahkah aku cakap aku ni BAIK ? pernah kah aku kata aku ni seorang yang BERIMAN ? jika ada, sila tampilkan bahagian manakah aku dikatakan begitu ? aku hanya manusia biasa, yang mengejar keredhaan ALLAH, bukan menunjuk . masih banyak yang aku perlu belajar, janganlah disebabkan kamu tidak menyukai akan perubahanku, kamu mengata aku . be professional. jika tidak suka, tidak mengapa, jangan menganggu ku , kerana aku tidak pernah menganggu kamu .


maaf jika entry ku kali ini sedikit kasar, kerana aku juga punya perasaan, jgn lah membuat perasaan aku bergelodak . selagi aku boleh bersabar , aku akan terus bersabar . ingat , sabar manusia ada limitnya .
tapi, aku mohon agar ALLAH tetapkan kesabaran dlm diri ku ini . aminn .

kepada tuan empunya badan yang telah menyindirku dgn membuat status di FB, aku mendoakan kesejahteraan kamu, semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayah ke atas dirimu . aminn

insan serba kekurangan <3


Tabahkan aku ya ALLAH

Hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia, manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup, andai manusia sudah mati jiwanya, umpama dia “bangkai hidup”..

begitu juga dgn aku, apa yang kualami dulu hingga kini, kutau ujian drNya, namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..
kadangkadang aku kalah dgn emosiku sendiri,malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini.

maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini., tabahkan diriku ini., walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku. aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini, akan tetapi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai, nikmat iman dan keyakinan padaMu..

mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan...
mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...

aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

insan serba kekurangan <3

Monday, January 30, 2012

Aku tidak sempurna

Janganlah menghina ku kerana ajaran agamaku tidak sekuat mana. janganlah berpaling dariku jika engkau tidak menyukai perubahan diriku, jangan lah engkau menghina ku dengan melontarkan kata2 hinaan dan caci maki terhadap ku. aku tidak sempurna, masih belajar menjadi muslimah sejati.

berilah katakata semangat dan nasihat yang lembut padaku, saat aku jatuh, berilah aku motivasi sokongan padu. saat aku alpa, ingatkan lah aku tentang akhirat. janganlah menjadi duri dalam daging .

sesungguhnya aku membuat apa yang seorang muslim patut buat , aku tidak melanggar perintah ALLAH, aku mengikuti suruhannya . jgnlah memandang rendah terhadapku , aku sedang belajar.

saat ini, aku memerlukan banyak sokongan dan katakata semangat agar iman ku tidak goyah dan agar aku dapat melakukan perintah ALLAH secara terus menerus.

maaf aku terlalu meminta kepada kamu semua, itu yg aku mahukan. selain dari rahmat allah, restu keluarga, nasihat dari kawan2 juga aku sgt perlukan .

akhir kata, jgn lah bermusuh dengan ku atas sebab kamu tidak menyukai akan perubahan ku , janganlah menghukum aku dengan kisah2 lalu ku, setiap manusia punya kisah silam. cuma janganlah mengingatkan ku tntng masa dulu ku. aku ingin berubah .. :'(

insan yang serba kekurangan <3


Aku ingin menjadi sekuat KHADIJAH .

Aku ingin menjadi seperti khadijah dan sekuat khadijah dalam apa pun permasalahan yang datang .

serba sedikit mengenai khadijah :

Khadijah radiallahu anha itu seorang yang lagenda. Kewanitaannya begitu sempurna. Dia solehah, jelitawan, bijaksana lagi bangsawan. Allah sahajalah yang mengetahui hikmah menjadikan manusia pertama yang beriman kepadaNya selepas Rasulullah saw sendiri, ialah seorang wanita.

.Di bahu Khadijah tersandang amanah yang sangat berat, iaitu menjadi zaujah (pasangan hidup) kepada seorang Nabi, yang terpaksa menghadapi segala macam penentangan dan bahaya, demi menyampaikan firman Tuhannya. Pasti bukan senang menjadi Khadijah. Namun imannya kepada Allah, cintanya kepada suami, tiada pernah berbelah bahagi, ketika dalam bahagia atau derita, dalam tangis dan dalam tawa.

.

Akhirnya, dialah penghulu bidadari di syurga! Bahkan semasa hayatnya lagi, Allah sudah berkirim salam kepadanya melalui Nabi saw. Kehebatan cinta baginda kepada Khadijah tidak pernah pudar walau sekelip mata. Nama Khadijah asyik meniti di bibir baginda hingga cemburu isteri lainnya, walau setelah lama khadijah meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untukku isteri yang lebih baik dari Khadijah! Dia beriman padaku ketika manusia lain kufur kepadaku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain mendustakan aku. Dia memberiku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniai zuriat”.

Sesuailah dia berpasangan dengan seorang Nabi. Sungguh Allah telah memilihkan yang terbaik untuk kedua-duanya.

.seorang khadijah tidak mengharapkan pun manusia untuk membalasnya. Dia sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar… Itulah Jannah, itulah syurga – tempat berehat, tempat kenikmatan yang tiada pernah habis, tempat pertemuan dengan Allah Yang Maha Agung.

.

Walau apapun yang bakal Allah kirimkan dalam hayat kita yang pendek ini, harusnya setiap langkah yang disusun, keputusan yang diambil, tindakan yang dibuat, adalah dengan semangat untuk mencari keredhaan Allah Taala. Segalanya dilaksanakan demi membuktikan Allah lah cinta nombor satu kita. Tiada yang pertama selain Dia.

InshaAllah


insan serba kekurangan <3


.

Im not a good muslimah

Suatu ketika dahulu, aku seorang yang pentingkan duniawi semata-mata, aku sukakan hiburan, ramai kawankawan ku yang sepertiku, aku terlalu asyik dgn dunia, sampaikan aku abaikan perintah ALLAH, sampaikan, ibadah ALLAH yang wajib pun aku tgl. aku alpa dgn keseronokkan dunia, aku lupa akan kematian dan akhirat . aku malu dengan diriku sendiri.

Aku metertawakan mereka yang betudung labuh, aku memperlekehkan mereka yang mendekatkan diri dgn ALLAH. aku malu ya ALLAH, malu dengan mereka. Aku terlalu cintakan dunia, sedikit pun aku tidak takut akan balasan mu . banyak dosaku terhadap mu ya allah. aku tahu, aku tdk layak untuk ke syurga mu , tapi engkau maha pengampun lagi maha penyanyang.

Satu ketika, Kau berikan aku petunjuk, islam itu benar , dunia ini hanya sementara, kau beri aku hidayah dan engkau memilih aku untuk menerima hidayah dari mu , aku bersyukur ya allah :'(
PAda hari itu, aku pergi ke kedai buku, entah kenapa aku terpandang satu buku yang bertajuk " 290 NASIHAT MUSLIMAH " tajuk dia menarik perhatian aku untuk membaca, jadi tanpa berfikir, aku terus membeli, dan aku membaca, saat itu. aku sedar, betapa bnyaknya kesalahan ku sbgai muslimah didunia ini. Aku beli lagi buku2 islamic dari kedai2 , aku baca dan terus baca , alhamdulillah . makin lama aku membaca buku2 ilmiah , makin hati aku terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik .

dan sekarang, bila aku cuba untuk berubah, berubah dari seorang yang social, kepada muslimah sebenar, tiada seorang pun bersama ku, kecuali orang2 yang tahu diriku, keluarga dan juga rakan2 yang pernah aku perlekehkan suatu ketika dahulu , sesungguhnya aku sangat lah menyesal dgn sikap sambil lewa ku terhadap perintah ALLAH, tiada yg kekal didunia ini, melainkan akhirat :'( Ramai yang memperlekehkan aku, aku terima dengan redha, kerana bagi aku , itu hanyalah ujian dari ALLAH untuk menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah :')

sesungguhnya aku rindukan ALLAH, rindukan para RAsul, aku mendambakan cinta allah yang esa. aku tidak minta lebih, aku hanya mahu redha ALLAH, kerana redha ALLAH itu adalah yang terbaik .

Aku harap iman ku kuat untuk berada dijalan mu ya ALLAH, kau berilah aku kekuatan dalam menghadapi dugaan dan cabaran , kau lindungilah aku dari perasaan buruk sangka terhadap org lain,kau lindungilah aku dari sikap malas dan angkuh dalam menjalankan ibadahmu . kau lindungilah aku ya allah . meski pun doaku ada yang tidak tertulis di dalam ini, aku tahu kau mengetahui apa yg berada didalam hati ku .

insan yang serba kekurangan <3

Sunday, January 29, 2012

Disalah ertikan .

Nak menjadi baik bukan susah, antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Namun, harus aku akui bahawa bukan semua sifat terpuji itu dapat dilaksanakan serentak. Ini adalah kerana kita sebagai manusia sering berhadapan dengan musuh , nafsu dan hasutan syaitan.

Bukan aku megharapkan korang semua berubah juga, aku bukan menunjuk, mungkin status aku tidak menyenangkan beberapa insan yang membaca, aku menulis berdasarkan apa yang islam ajar . bukan aku mereka sendiri . tapi, katakata2 itu disalah erti oleh pihak lain, yang tidak boleh menerima . kita hidup dalam dunia yg sementara, jadi bagi aku ,kita perlu saling ingatmengingati demi masa.

Dan ada masanya, kebaikan yang cuba aku tonjolkan disalah-ertikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang lain, lalu timbul pula fitnah. Dari situ, dari perkara baik yang ingin dilakukan, jadi terbantut. korang memperlekehkan kebaikan yang cuba dilakukan oleh orang lain, sedangkan korang sendiri tak pernah cuba untuk memperbaiki diri korang.

Kita mudah melentingl bila orang lain mula berubah, korang suka cakap "Eh kau ni dah buang tebiat ke?" dan kita juga sering mengejek; dengan berkata; "Ala, sekejap je tu ..esok lusa jadi macam dulu balik"


Korang tak pernah nak menyokong kebaikan yang cuba ditampilkan, Apa sebenarnya yang korang nak? korang nak orang lain berbuat baik, tetapi bila perubahan itu berlaku, korang pula yang menidakkannya. Korang mahu orang lain berubah, tetapi korang pula yang jadi dalang untuk membantutkan usaha.

Moga entri ini dijadikan sandaran untuk diri kita supaya sentiasa ingat akan diri, supaya sentiasa memberikan dorongan untuk perubahan yang lebih baik.


insan yang serba kekurangan <3

Perubahan Drastic/ekstrem

Gelaran atau panggilan yang sering dicap, dilabelkan dan dilontarkan kepada mereka yang bergiat cergas dalam dakwah dan tarbiyyah. terutama pada mereka yang masih baru.

Mereka yang langsung bersemangat untuk membuat kerja-kerja dakwah, lantas bersungguh-sungguh mahu beriltizam dalam berdakwah ini, sering sahaja hilang semangat atau berasa bawah disebabkan oleh label-label tidak bertanggungjawab yang dicop

Ekstrem. Poyo. Pelik. Jumud. Eksklusif. Radikal. Teroris.

Dan pelbagai gelaran dan panggilan. Puncanya? Kerana mereka yang melabel ini tidak boleh menerima perubahan-perubahan drastik yang ditonjolkan oleh rakan-rakan mereka yang sudah mula giat untuk melaksanakan tugas-tugas Syahadatul Haq ini. Mereka tidak percaya, rakan yang mereka kenali suatu ketika dahulu, daripada seekor raksasa gorgon telah bertukar menjadi Inkredibel Hak yang beriman. Dan dalam masa yang singkat sahaja. Mereka anggap perubahan yang drastik itu sebagai superficial, tidak asli dan tidak kekal.

Dari satu sudut, saya boleh faham mengapa mereka beranggapan rakan-rakan mereka mengalami transformasi atau metamorfosis itu sebagai ektrem. Manakan tidak, bayangkan sahaja beberapa situasi seperti berikut:

1) Ichiwa Kawasaki yang tersentuh mendengar pengisian ISK, lantas bersungguh-sungguh mahu melakukan sesuatu untuk mengubah masalah ummah. Dia lantas mengajak sama rakan-rakannya yang lain, tidak kira lah yang jenis huhahuha atau pak lebai kopiah sepanjang masa di kepala, dengan cara mengsms dan mendinding mereka pada frekuensi et lis lapan kali sehari, mengingatkan mereka perubahan mesti dilakukan dengan segera.

2) Elizabeth Montgomery yang baru sahaja dizaaasss setelah mendengar Sayonara Jahiliyyah, mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan kekapelannya dengan Ramli Sarap sebaik sahaja selepas itu. Dia juga telah membuang segala tok nenek cakera-cakera padat miliknya yang memuatkan lagu-lagu Lady Gigi dan Britney Swords ke dalam tong kitar semula berwarna oren untuk plastik.

3) Sulaiman Khan sebaik sahaja pmendapat cahaya pencerahan dari atas, pulang ke rumah, duduk di hadapan Buku Mac Udaranya, dan terus membuka laman MukaBukunya. Dia lantas meng-untag semua gambar-gambarnya yang kelihatan teman tapi mesra dengan rakan-rakan berlainan jantinanya.

4) Zubaidah Kembang Semangkuk terus berazam yang dia akan berhenti menghisap cerut, rokok dan shisha dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya, juga tidak lagi membelasah orang dengan sesuka hati, setelah mula mendapat kefahaman daripada bulatan-bulatan gembira yang dihadirinya. Dia beriltizam yang dia mahu berhenti terus dan bukan secara berperingkat-peringkat.

5) Mbede Suwakutu tidak mahu lagi menjadi boros dengan menghabiskan duit biasiswanya pada barang-barang mewah yang tidak diperlukannya, setelah mendengar kesusahan yang dihadapi oleh saudara-saudaranya di Palestin. Dia akan menjual iTelefon 7 dan iPapan miliknya dan hanya akan memakai Nokiah 3310 sahaja selepas ini dan menginfakkan sebahagian besar daripada hartanya.

Ha, tak ke ekstrem semua tu..? Kalau nak berubah, biarlah sedikit demi sedikit tak? Kenapa perlu secara drastik? Bukan ke 'La ikraha fiddin,' tiada paksaan dalam agama? Allah kan tak melihat pada hasil tetapi kepada usaha..? Asal nak buat benda baik sudahlah!

Err.

Soalan saya untuk anda yang berfikiran sebegitu:

Ektremkah mereka itu apabila apa yang mereka mahukan hanyalah keredhaan Allah?

Pelikkah mereka itu jika apa yang mereka azamkan hanyalah untuk memenuhi suruhan Allah?

Radikalkah mereka itu seandainya apa yang mereka lakukan hanyalah kerana mereka mendambakan cinta Allah yang hakiki?


Anda tahu tak dalam al-Quran Allah larang berzina? Eh silap. Allah larang mendekatizina?

Anda tahukah dalam al-Quran Allah murka pada mereka yang mengambil riba'?

Anda tahukah di dalam al-Quran Allah benci pada mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka?

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu)."
[al-Furqan, 25:43-44]

Anda tahukah berapa banyak ayat al-Quran yang memerintahkan kita untuk keluar melaksanakan tugas-tugas dakwah?

Anda tahukah Anda tahukah ada beratus, beribu mungkin ayat-ayat Allah dan hadith-hadith yang menyarankan manusia untuk taat kepada perintahNya, meninggalkan segala perkara yang sia-sia ?

Jadi salahkah, ektremkah golongan-golongan yang berazam mahu memenuhi suruhan-suruhan dan saranan-saranan Tuhan mereka dan kekasih hati buah jantung mereka, ar-Rasul SAW...???

Wahai.

Anda tahu siapa yang ekstrem sebenarnya? Anda tahu siapa...??

Anda yang sengaja meninggalkan solat, sedangkan berapa banyak hadith menyebut azab yang menanti mereka yang meninggalkan solat secara sengaja!

Anda yang berani menyentuh, meraba dan entah apa-apa lagi kelakuan sumbang yang anda lakukan terhadap makhluk berlawanan jantina dengan anda, sedangkan sudah jelas Allah melarang perkara tersebut!

Anda yang mencelakan diri anda sendiri dengan merokok, menghisap dadaH, menyeksa diri dengan bertatoo, bertindik di semua tempat yang boleh ditindik dan sebagainya!

Anda yang tidak mempedulikan nasib saudara-saudara seIslam anda di Palestin, Somalia, Sudan, Kashmir dan seluruh dunia, sedangkan anda duduk goyang bersenang-lenang gebu-gebu menikmati air teh o' limau ais dan kek velvet merah sambil menonton Astro?

Anda yang tahu tanggungjawab untuk berdakwah, tetapi anda sengaja meninggalkannya, banyak memberi alasan itu dan ini!

"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : 'Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal keni'matan hidup di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah akan menyiksa dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[at-Taubah, 9:38-39]

Dan anda tahu siapa lagi yang ekstrem? Anda di luar sana yang mentertawakan, yang memperlekehkan dan yang mencaci menghina golongan-golongan yang tetap tegas dan tegar di atas jalan Islam yang benar!

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) menertawakan orang-orang yang beriman..."
[al-Muthaffifin, 83:29]

Anda EKSTREM!

Mengapa anda semua inilah yang sebenarnya ekstrem?

Kerana anda begitu berani melanggar perintah Tuhan! Kerana anda begitu yakin untuk ingkar pada saranan ar-Rasul! Dan kerana anda begitu macho untuk merendah-rendahkan kekasih-kekasihNya, di kalangan orang-orang yang beriman! Tak ke ekstrem namanya tu..??

Bayangkan, anda sanggup untuk dicampakkan ke dalam api neraka kerana berzina! Masha-Allah, EKSTREM!

Anda sanggup mengundang kemurkaan Allah kerana banyak memberikan alasan, enggan untuk keluar berjihad! Masha-Allah, itu EKSTREM!

Anda juga sanggup untuk rugi di akhirat kelak, yakni diazab dengan seksaan Allah yang maha keras, semata-mata mengejar kekayaan dan keseronokan di dunia! Masha-Allah, itu lagi EKSTREM...!


Ketahuilah, sekiranya berbulatan gembira dan berkonferens riang itu ekstrem, melaksanakan tugas-tugas dakwah itu ekstrem, berasa seronok dan teruja untuk mancandat sotong dan menjala ikan itu ekstrem, bangun malam untuk mendekatkan diri kepadaNya itu ekstrem, meninggalkan segala jahiliyyah yang ada pada diri semata-mata mahu pergi laju dalam dakwah dan tarbiyyah itu ekstrem dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kepentingan dakwah dan Islam itu ekstrem..

Ketahuilah :

"Katakanlah, 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin! Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]

Koleksi Peribadiku .


Jika ada yang ingin meminjam dariku, sila kan :) ilmu untuk dikongsi , bukan sorang2 . hee <3

Mata kiri ku berkedip.

Ya, mesti korang tertanya-tanya, kenapa aku masukkan tajuk entry ni. hurmm, firtsly, ada orang kata kalau mata kanan berkedip, tu tandanya nak jumpa orang.
kalau mata kiri kedip, tu tandanya akan menangis .

apakah ini petunjuk bahawa aku akan menangis lagi setelah beberapa hari air mata aku bergenang memikirkan sikap beberapa orang yang memfitnah ku ? :'(
Ya allah, aku mohon kau permudahkanlah segala urusan ku didunia ini.
kau terbitkan lah fajar menerangi hidupku yang malap ini.

jika benar yang aku akan menangis lagi, berilah aku kekuatan utk menempuhinya. beri aku kekuatan utk menghalang semua perkaraperkara yang tiada faedah bagi ku.
sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang terbaik utk hambamu .

aku penat ya allah, penat dengan agenda manusia yang tiada kesudahan ini. penat untuk bertarung kekuatan supaya aku kuat menempuh setiap dugaan yang datang. aku tahu, setiap dugaan yang datang kepadaku adalah ujian dariMU . ujian untuk menjadikan aku seorang yang kuat dan tabah .

aku redha dgn ujian mu, aku akan terus mencuba untuk bersabar.
hanya engkau maha mengetahui dan maha mendengar segala rintihan hambamu :')

insan serba kekurangan <3

Saturday, January 28, 2012

Dunnya hanya persingahan .

Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari?. Beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat lagi? Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk meraih syurga Allah?

Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Walaupun peringatan demi peringatan di beri, kita masih melakukan perkaraperkara yang tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk kita meninggalkan perkaraperkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya.Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat.


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah tanaman untuk hari Akhirat…"
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari Akhirat,
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting, kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari Akhirat nanti.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu :

1. Hati yang sentiasa bersyukur
2. Lisan yang sentiasa berzikir
3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah
4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya

Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyakbanyaknya kebaikan ketika hidup di dunia, Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.

Maka jadikanlah dunia ini medan untuk beramal. Hidup di dunia hanya sekali sahaja. Ahli hukama ada berkata, " Dunia adalah tempat beramal tiada balasan, dan akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal "

Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini direhai Allah. Aminn…

insan srba kekurangan <3