BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Saturday, January 28, 2012

Dunnya hanya persingahan .

Dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita. Dunia yang kita tak ketahui berapa lama lagi boleh kita tinggal. Mungkinkah lagi beberapa tahun? Beberapa hari?. Beberapa jam atau beberapa minit atau beberapa saat lagi? Hala tuju kita semestinya syurga Allah kerana kehidupan di sana adalah kehidupan yang kekal. Namun apa yang telah kita lakukan untuk meraih syurga Allah?

Terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Walaupun peringatan demi peringatan di beri, kita masih melakukan perkaraperkara yang tidak disukai Allah. Begitu sukar untuk kita meninggalkan perkaraperkara jahiliyah. Terlalu banyak masa terbuang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan masa yang ada ini terlalu singkat untuk mengejar kesemuanya.Terlalu singkat untuk mencari bekalan ke akhirat.


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah tanaman untuk hari Akhirat…"
Berdasarkan hadis Nabi di atas ertinya kehidupan di dunia ini adalah sementara dan perlu kepada persiapan untuk menghadapi kehidupan yang kekal abadi di hari Akhirat,
Walau pun hidup di dunia singkat berbanding kehidupan akhirat, tetapi ianya sangat penting, kerana ia adalah penentu samaada kita bahagia atau celaka di hari Akhirat nanti.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada seseorang sesungguhnya dia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat…" Iaitu :

1. Hati yang sentiasa bersyukur
2. Lisan yang sentiasa berzikir
3. Tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah
4. Isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya

Untuk bahagia di hari Akhirat, kita mesti melakukan sebanyakbanyaknya kebaikan ketika hidup di dunia, Samalah seperti jika kita ingin memetik buah yang lebat, manis dan segar, maka pokok yang kita tanam perlu subur dan sihat. Mana mungkin, pokok yang layu, kering dan tidak sihat menghasilkan buah yang baik.

Maka jadikanlah dunia ini medan untuk beramal. Hidup di dunia hanya sekali sahaja. Ahli hukama ada berkata, " Dunia adalah tempat beramal tiada balasan, dan akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal "

Sujudlah kita kepada Allah, mohonlah kepada Allah supaya kita terus berada di landasan yang lurus, mohonlah kepada Allah supaya kehidupan kita yang singkat ini direhai Allah. Aminn…

insan srba kekurangan <3

No comments:

Post a Comment