BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Sunday, January 29, 2012

Perubahan Drastic/ekstrem

Gelaran atau panggilan yang sering dicap, dilabelkan dan dilontarkan kepada mereka yang bergiat cergas dalam dakwah dan tarbiyyah. terutama pada mereka yang masih baru.

Mereka yang langsung bersemangat untuk membuat kerja-kerja dakwah, lantas bersungguh-sungguh mahu beriltizam dalam berdakwah ini, sering sahaja hilang semangat atau berasa bawah disebabkan oleh label-label tidak bertanggungjawab yang dicop

Ekstrem. Poyo. Pelik. Jumud. Eksklusif. Radikal. Teroris.

Dan pelbagai gelaran dan panggilan. Puncanya? Kerana mereka yang melabel ini tidak boleh menerima perubahan-perubahan drastik yang ditonjolkan oleh rakan-rakan mereka yang sudah mula giat untuk melaksanakan tugas-tugas Syahadatul Haq ini. Mereka tidak percaya, rakan yang mereka kenali suatu ketika dahulu, daripada seekor raksasa gorgon telah bertukar menjadi Inkredibel Hak yang beriman. Dan dalam masa yang singkat sahaja. Mereka anggap perubahan yang drastik itu sebagai superficial, tidak asli dan tidak kekal.

Dari satu sudut, saya boleh faham mengapa mereka beranggapan rakan-rakan mereka mengalami transformasi atau metamorfosis itu sebagai ektrem. Manakan tidak, bayangkan sahaja beberapa situasi seperti berikut:

1) Ichiwa Kawasaki yang tersentuh mendengar pengisian ISK, lantas bersungguh-sungguh mahu melakukan sesuatu untuk mengubah masalah ummah. Dia lantas mengajak sama rakan-rakannya yang lain, tidak kira lah yang jenis huhahuha atau pak lebai kopiah sepanjang masa di kepala, dengan cara mengsms dan mendinding mereka pada frekuensi et lis lapan kali sehari, mengingatkan mereka perubahan mesti dilakukan dengan segera.

2) Elizabeth Montgomery yang baru sahaja dizaaasss setelah mendengar Sayonara Jahiliyyah, mengambil keputusan untuk memutuskan perhubungan kekapelannya dengan Ramli Sarap sebaik sahaja selepas itu. Dia juga telah membuang segala tok nenek cakera-cakera padat miliknya yang memuatkan lagu-lagu Lady Gigi dan Britney Swords ke dalam tong kitar semula berwarna oren untuk plastik.

3) Sulaiman Khan sebaik sahaja pmendapat cahaya pencerahan dari atas, pulang ke rumah, duduk di hadapan Buku Mac Udaranya, dan terus membuka laman MukaBukunya. Dia lantas meng-untag semua gambar-gambarnya yang kelihatan teman tapi mesra dengan rakan-rakan berlainan jantinanya.

4) Zubaidah Kembang Semangkuk terus berazam yang dia akan berhenti menghisap cerut, rokok dan shisha dan apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya, juga tidak lagi membelasah orang dengan sesuka hati, setelah mula mendapat kefahaman daripada bulatan-bulatan gembira yang dihadirinya. Dia beriltizam yang dia mahu berhenti terus dan bukan secara berperingkat-peringkat.

5) Mbede Suwakutu tidak mahu lagi menjadi boros dengan menghabiskan duit biasiswanya pada barang-barang mewah yang tidak diperlukannya, setelah mendengar kesusahan yang dihadapi oleh saudara-saudaranya di Palestin. Dia akan menjual iTelefon 7 dan iPapan miliknya dan hanya akan memakai Nokiah 3310 sahaja selepas ini dan menginfakkan sebahagian besar daripada hartanya.

Ha, tak ke ekstrem semua tu..? Kalau nak berubah, biarlah sedikit demi sedikit tak? Kenapa perlu secara drastik? Bukan ke 'La ikraha fiddin,' tiada paksaan dalam agama? Allah kan tak melihat pada hasil tetapi kepada usaha..? Asal nak buat benda baik sudahlah!

Err.

Soalan saya untuk anda yang berfikiran sebegitu:

Ektremkah mereka itu apabila apa yang mereka mahukan hanyalah keredhaan Allah?

Pelikkah mereka itu jika apa yang mereka azamkan hanyalah untuk memenuhi suruhan Allah?

Radikalkah mereka itu seandainya apa yang mereka lakukan hanyalah kerana mereka mendambakan cinta Allah yang hakiki?


Anda tahu tak dalam al-Quran Allah larang berzina? Eh silap. Allah larang mendekatizina?

Anda tahukah dalam al-Quran Allah murka pada mereka yang mengambil riba'?

Anda tahukah di dalam al-Quran Allah benci pada mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhan mereka?

"Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu)."
[al-Furqan, 25:43-44]

Anda tahukah berapa banyak ayat al-Quran yang memerintahkan kita untuk keluar melaksanakan tugas-tugas dakwah?

Anda tahukah Anda tahukah ada beratus, beribu mungkin ayat-ayat Allah dan hadith-hadith yang menyarankan manusia untuk taat kepada perintahNya, meninggalkan segala perkara yang sia-sia ?

Jadi salahkah, ektremkah golongan-golongan yang berazam mahu memenuhi suruhan-suruhan dan saranan-saranan Tuhan mereka dan kekasih hati buah jantung mereka, ar-Rasul SAW...???

Wahai.

Anda tahu siapa yang ekstrem sebenarnya? Anda tahu siapa...??

Anda yang sengaja meninggalkan solat, sedangkan berapa banyak hadith menyebut azab yang menanti mereka yang meninggalkan solat secara sengaja!

Anda yang berani menyentuh, meraba dan entah apa-apa lagi kelakuan sumbang yang anda lakukan terhadap makhluk berlawanan jantina dengan anda, sedangkan sudah jelas Allah melarang perkara tersebut!

Anda yang mencelakan diri anda sendiri dengan merokok, menghisap dadaH, menyeksa diri dengan bertatoo, bertindik di semua tempat yang boleh ditindik dan sebagainya!

Anda yang tidak mempedulikan nasib saudara-saudara seIslam anda di Palestin, Somalia, Sudan, Kashmir dan seluruh dunia, sedangkan anda duduk goyang bersenang-lenang gebu-gebu menikmati air teh o' limau ais dan kek velvet merah sambil menonton Astro?

Anda yang tahu tanggungjawab untuk berdakwah, tetapi anda sengaja meninggalkannya, banyak memberi alasan itu dan ini!

"Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu : 'Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah' kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal keni'matan hidup di dunia (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah akan menyiksa dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
[at-Taubah, 9:38-39]

Dan anda tahu siapa lagi yang ekstrem? Anda di luar sana yang mentertawakan, yang memperlekehkan dan yang mencaci menghina golongan-golongan yang tetap tegas dan tegar di atas jalan Islam yang benar!

"Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) menertawakan orang-orang yang beriman..."
[al-Muthaffifin, 83:29]

Anda EKSTREM!

Mengapa anda semua inilah yang sebenarnya ekstrem?

Kerana anda begitu berani melanggar perintah Tuhan! Kerana anda begitu yakin untuk ingkar pada saranan ar-Rasul! Dan kerana anda begitu macho untuk merendah-rendahkan kekasih-kekasihNya, di kalangan orang-orang yang beriman! Tak ke ekstrem namanya tu..??

Bayangkan, anda sanggup untuk dicampakkan ke dalam api neraka kerana berzina! Masha-Allah, EKSTREM!

Anda sanggup mengundang kemurkaan Allah kerana banyak memberikan alasan, enggan untuk keluar berjihad! Masha-Allah, itu EKSTREM!

Anda juga sanggup untuk rugi di akhirat kelak, yakni diazab dengan seksaan Allah yang maha keras, semata-mata mengejar kekayaan dan keseronokan di dunia! Masha-Allah, itu lagi EKSTREM...!


Ketahuilah, sekiranya berbulatan gembira dan berkonferens riang itu ekstrem, melaksanakan tugas-tugas dakwah itu ekstrem, berasa seronok dan teruja untuk mancandat sotong dan menjala ikan itu ekstrem, bangun malam untuk mendekatkan diri kepadaNya itu ekstrem, meninggalkan segala jahiliyyah yang ada pada diri semata-mata mahu pergi laju dalam dakwah dan tarbiyyah itu ekstrem dan berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kepentingan dakwah dan Islam itu ekstrem..

Ketahuilah :

"Katakanlah, 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin! Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]

No comments:

Post a Comment