BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Monday, January 30, 2012

Aku ingin menjadi sekuat KHADIJAH .

Aku ingin menjadi seperti khadijah dan sekuat khadijah dalam apa pun permasalahan yang datang .

serba sedikit mengenai khadijah :

Khadijah radiallahu anha itu seorang yang lagenda. Kewanitaannya begitu sempurna. Dia solehah, jelitawan, bijaksana lagi bangsawan. Allah sahajalah yang mengetahui hikmah menjadikan manusia pertama yang beriman kepadaNya selepas Rasulullah saw sendiri, ialah seorang wanita.

.Di bahu Khadijah tersandang amanah yang sangat berat, iaitu menjadi zaujah (pasangan hidup) kepada seorang Nabi, yang terpaksa menghadapi segala macam penentangan dan bahaya, demi menyampaikan firman Tuhannya. Pasti bukan senang menjadi Khadijah. Namun imannya kepada Allah, cintanya kepada suami, tiada pernah berbelah bahagi, ketika dalam bahagia atau derita, dalam tangis dan dalam tawa.

.

Akhirnya, dialah penghulu bidadari di syurga! Bahkan semasa hayatnya lagi, Allah sudah berkirim salam kepadanya melalui Nabi saw. Kehebatan cinta baginda kepada Khadijah tidak pernah pudar walau sekelip mata. Nama Khadijah asyik meniti di bibir baginda hingga cemburu isteri lainnya, walau setelah lama khadijah meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda:

“Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untukku isteri yang lebih baik dari Khadijah! Dia beriman padaku ketika manusia lain kufur kepadaku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain mendustakan aku. Dia memberiku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniai zuriat”.

Sesuailah dia berpasangan dengan seorang Nabi. Sungguh Allah telah memilihkan yang terbaik untuk kedua-duanya.

.seorang khadijah tidak mengharapkan pun manusia untuk membalasnya. Dia sedang mengejar sesuatu yang tiada mata pernah melihat, tiada hidung pernah mencium dan tiada telinga pernah mendengar… Itulah Jannah, itulah syurga – tempat berehat, tempat kenikmatan yang tiada pernah habis, tempat pertemuan dengan Allah Yang Maha Agung.

.

Walau apapun yang bakal Allah kirimkan dalam hayat kita yang pendek ini, harusnya setiap langkah yang disusun, keputusan yang diambil, tindakan yang dibuat, adalah dengan semangat untuk mencari keredhaan Allah Taala. Segalanya dilaksanakan demi membuktikan Allah lah cinta nombor satu kita. Tiada yang pertama selain Dia.

InshaAllah


insan serba kekurangan <3


.

No comments:

Post a Comment