BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Tuesday, January 31, 2012

Tabahkan aku ya ALLAH

Hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia, manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup, andai manusia sudah mati jiwanya, umpama dia “bangkai hidup”..

begitu juga dgn aku, apa yang kualami dulu hingga kini, kutau ujian drNya, namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..
kadangkadang aku kalah dgn emosiku sendiri,malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini.

maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini., tabahkan diriku ini., walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku. aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini, akan tetapi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai, nikmat iman dan keyakinan padaMu..

mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan...
mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...

aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang solehah
Insan yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

insan serba kekurangan <3

No comments:

Post a Comment