BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Sunday, January 29, 2012

Disalah ertikan .

Nak menjadi baik bukan susah, antara mahu dengan tidak mahu sahaja. Namun, harus aku akui bahawa bukan semua sifat terpuji itu dapat dilaksanakan serentak. Ini adalah kerana kita sebagai manusia sering berhadapan dengan musuh , nafsu dan hasutan syaitan.

Bukan aku megharapkan korang semua berubah juga, aku bukan menunjuk, mungkin status aku tidak menyenangkan beberapa insan yang membaca, aku menulis berdasarkan apa yang islam ajar . bukan aku mereka sendiri . tapi, katakata2 itu disalah erti oleh pihak lain, yang tidak boleh menerima . kita hidup dalam dunia yg sementara, jadi bagi aku ,kita perlu saling ingatmengingati demi masa.

Dan ada masanya, kebaikan yang cuba aku tonjolkan disalah-ertikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang lain, lalu timbul pula fitnah. Dari situ, dari perkara baik yang ingin dilakukan, jadi terbantut. korang memperlekehkan kebaikan yang cuba dilakukan oleh orang lain, sedangkan korang sendiri tak pernah cuba untuk memperbaiki diri korang.

Kita mudah melentingl bila orang lain mula berubah, korang suka cakap "Eh kau ni dah buang tebiat ke?" dan kita juga sering mengejek; dengan berkata; "Ala, sekejap je tu ..esok lusa jadi macam dulu balik"


Korang tak pernah nak menyokong kebaikan yang cuba ditampilkan, Apa sebenarnya yang korang nak? korang nak orang lain berbuat baik, tetapi bila perubahan itu berlaku, korang pula yang menidakkannya. Korang mahu orang lain berubah, tetapi korang pula yang jadi dalang untuk membantutkan usaha.

Moga entri ini dijadikan sandaran untuk diri kita supaya sentiasa ingat akan diri, supaya sentiasa memberikan dorongan untuk perubahan yang lebih baik.


insan yang serba kekurangan <3

No comments:

Post a Comment