BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

YA AKHI/UKHTI, DID MY BLOG INSPIRED YOU ?

Followers

Saturday, January 28, 2012

Macam lah kau tu bagus sangat

Betul kan ? Bila seseorang menegur kita , mesti kita akan kaitkan dengan kisah silam dia atau pun sekarang ini. Seolah macam la dulu dia tu bagus sangat. MENTANGMENTANG SEKARANG DAH BELAJAR AGAMA sikitsikit , dah pandai nak bagi tazkirah kat orang.

Sedangkan niat aku menegur itu adalah kerana Allah dan tidak mahu dia mengikut jejak langkah ku satu tika dulu. Adalah satu penyesalan bagi aku kerana tidak menegurnya, aku tidak mahu kenalan ku mengikut kesalahan lampau ku.

“ Aku tegur ni sbb aku Sangat menyesal dengan perbuatan aku dulu dan tak nak la kawan kawan aku begitu "

“ Ala.. nanti aku taubat la cam kau taubat . Kau dah puas ,boleh la cerita .. Aku ?? “

“ Kau tau ke berapa lama kau boleh hidup ? “

“ Eh ,kau ni.. doa aku macam tu pulak ! “

“ Bila aku mintak kau lakukan kebaikan , kau marah aku. Bila aku cakap sesuatu yang nampak buruk , cepat pulak kau melenting. Aku tegur sebagai seorang kawan. Kalau kau tak nak ikut , tu hak kau. Bahagian aku dah lepas. Itu saja, Lagi pun , aku buat kerana Allah dan kau kawan aku, Tak mintak pon duit kat kau “

“ Tak payah. Aku tak perlukan nasihat dari orang seperti kau ! “

Kadang kadang , jawapan begini yang kita terima. Apakah dia terlupa Nabi Muhammad s.a.w pun ada memberi ‘nasihat’ pada umatnya ? Dia terlupa ke yang itu ? Atau perlukah dia diingatkan kembali akan katakata dari Allah mengenai perbuatannya itu ?

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan."
(al-Imam Hassan al-Basri)

Bila dah terlalu sedap , maka kita akan cari alasan untuk membela perbuatan kita. Apakah alasan kita itu boleh digunapakai di akhirat kelak ?

Aku sendiri pun punya dosa silam. Dan aku amat menyesalinya. Maka aku harap , Korang semua jangan cepat melenting akan teguran mereka yang lebih ‘berpengalaman’ Jangan sangka matang itu sudah cukup mengharungi dunia masa kini .

" LEBIH BAIK KENA KETUK DARI TERANTUK "


insan serba kekurangan <3

No comments:

Post a Comment